Meant To Be

Petua Rambut

Posted by: soulfly83 on: November 22, 2006

nih antara koleksi petua yg aku jumpa kat intenet..(khas utk firina ni..ahaha)..aku skrg pun tgh mengalami sindrom botak..wakaka..meh kite sm2 menjalankan eksperimen ni..nnti leh bagi komen berkesan ke x petua2 tu..Slamat Mencuba!!:)

1. Rambut yang lebat dan panjang sentiasa menjadi idaman setiap orang. Untuk itu ada cara yang paling mudah yang boleh anda amalkan. Mula-mula ambil beberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah. Rebus serai itu sehingga mendidih dan apabila air serai itu sejuk, sapukan rata-rata kepada rambut anda dan seelok-eloknya ramas pada bahagian kulit kepala. Setelah lebih kurang dua jam barulah dibasuh seperti biasa. Amalkan sekurang-

2. Jika rambut anda selalu gugur serta nipis, cuba amalkan petua ini. Ambil eberapa biji buah keras dan bakar sehingga bewarna kekuningan. Tumbuk buah tadi sehingga hancur dan campurkan dengan minyak kelapa. Pada setiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarkan selama 30 minit. Cuci rambut seperti biasa. Amalkan dua kali seminggu. Insya-Allah anda akan nampak perubahannya.

3. Rambut mudah beruban jika tidak dijaga dengan baik terutama kepada orang muda. Oleh itu ada petua yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah itu. Caranya, bancuh sedikit minyak kelapa, lendir dari daun lidah buaya dan air limau nipis sehingga sebati. Kemudian bahan tadi dilumur pada kepala sebelum mandi. Biarkan selama setengah jam, barulah dibasuh bersih-bersih dengan menggunakan syampu yang sesuai. Lakukan tiga kali seminggu.

4. Anda pasti gembira sekiranya rambut anda selembut sutera seta mudah disikat.Untuk itu amalkan cara ini. Sekiranya anda bercadang untuk membasuh rambut pada esok hari, lurutkan rambut anda dengan minyak bijan sebelum tidur. Esok, syampu rambut dan bilas sehingga bersih. Lap rambut anda sehingga hampir kering. Kemudian, ambil sedikit minyak bayi atau minyak zaitun dan digunakan sebagai perapi rambut.Kalau anda berambut lurus, bolehlah disikat terus. Tetapi jika anda berambut kerinting, seelok-eloknya biar seketika dan kemudian barulah disikat (ini untukmengelakkan rambut dari putus dan bercabang ).

5.Rambut anda gugur?. Ada banyak cara mengatasinya. Satu daripadanya ialah dengan menggunakan daun inai. Ambil seberapa banyak daun inai. Tumbuk sehingga halus. Kemudian campurkan sedikit air asam jawa.
Cuci rambut hingga bersih dan bilas dengan air daun inai tadi sambil memicit-micitkan kepala. Biarkan selama setengah jam. Kemudian bersihkan kepala anda. Amalkan seminggu dua kali. Insya Allah.

6.  Cara untuk mengatasi masalah kelemumur dan mengatasi masalah keguguran rambut ialah dengan menggunakan buah mengkudu.
Ambi tiga biji buah mengkudu yang telah masak dan buah zaitun yang telah ranum. Hancurkan buah mengkudu dan zaitun yang masak itu dengan air panas. Kemudian sapukan rata-rata di kepala biarkan selama 15 minit barulah dicuci dengan air limau nipis.
Jika dilakukan selama dua minggu berturut-turut, Insya Allah masalah kelemumur dan keguguran rambut akan selesai.

7. Basahkan rambut. Ambil santan kelapa dan jirus sedikit demi sedikit di rambut sambil menggosok. Setelah selesai biarkan rambut seketika kemudian basuh dengan air suam. insyaallah rambut akan kelihatan hitam dan lebat serta bersinar.

8. menghitamkan dan memanjangkan rambut
a) ambil separuh isi kelapa dan bakar sampai hangus, kemudian diparut. campurkan sedikit air, ramas dan kacau sehigga air dan isi kelapa parut sebati. lumurkan ke seluruh rambut dan biar 15 minit sebelum disikat bagi membuang hampas yang melekat pada rambut. jika sering diamalkan, rambut kelihatan hitam menawan.

b) cuci rambut setiap pagi atau 2 kali seminggu dengan air yang diramas dengan daun rambutan atau daun bunga raya. cara ini bukan saja boleh memanjangkan rambut dengan cepat tetapi menjadikannya bertambah hitam, lebat dan berseri-seri.

9. melebatkan rambut
a) apabila hendak memasak bubur kacang, kacang hijau akan direndam terlebih dahulu. air rendaman itu jangan dibuang. sapukan pada seluruh rambut. jika sering diamalkan, anda boleh mengatasi masalah rambut gugur.

b) ambil segenggam daun bunga teh yang biasa ditanam menjadi pagar rumah. tumbuk atau kisar agak kasar. selepas dicampur sedikit air (supaya agak cair), sapukannya pada seluruh rambut dan akar rambut, bungkus dengan tuala bersih dan biarkan semalaman. seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. cuci pada sebelah pagi.

10.menghilangkan kelemumur

a) ambil kangkung yang masih segar dan bersihkan. rendam kangkung di dalam besen berisi air yang mencukupi untuk membasuh kepala anda. selepas direndam semalaman, cuci kepala anda pagi esoknya. lakukan setiap hari sehingga kelemumur hilang.

b) ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk sehingga lumat. campurkan dengan 2 gelas air. selepas itu ditapis dan sapukan air itu pada kepala. biarkan seketila sebelum dibilas dengan air biasa.

c) ambil 10 helai daun bunga raya, 4 helai daun limau purut, 3 kuntum bunga (kenanga, cempaka, mawar) dan sedikit air limau nipis. ramas semua bahan sehinga berlendir. lumur di atas kepala dan biar 15 minit sebelum mencucinya.

d) ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur. kemudian, sapu pada seluruh kulit kepala sambil mengurut-urut kulit kepala.

16 Responses to "Petua Rambut"

waaahhhhh! bagus bangat sehh tips nih!! bravo blue! aku xdela separa botak cuma rmbutku agak kusam.aduhh..sedih sekali. so aku nak hitamkan rmbut n at same time nak kurangkan keguguran rmbut. so kat atas tu yg plg simple utk aku wat..air rendaman kacang hijau tu. mak aku ske wat bubur kcg hijau. hehehe. cayalah blue!!! \(^O^)/

YE KE NI

try la dulu..smua bhn tu dr organic..mana nak ade side effect…

haah..kacang hijau tuh pun ok gak..mak aku suruh wat..
tp leceh laa..cz lpas gune air tuh kene masak lak kacang hijau tuh..dah ler aku malas nak masak bubur..

ribet amat. . .

Thanx bagaimana kalau rambut ngimbal spt sapu kelut agar bisa setrip-x-like their ex-stripe

NAK DAPAT CARA MUDAH UNTUK RAMBUT PANJANG MACAM MANA??????????????

ransang kulit kepala dgn mgurut setiap hri.. mse nk tido, ikat rmbt ketat2

i got hair problem, can u post any easy tips to control hair loss??

rambut panjng n lebat — boleh gunakan daun bunga raya yg diramas..amik lendir..n sapu di kepala…

weyh!
sure bgos ke??
ak cuak niyh!

tips ni mmg bez r……..aq juz nk pnjgkan rmbut jerk….arap2 dpt r pnjg rmbut aq ni…..thanks for the tips………….!!!!!

ur welkam…:)
bleh la try yer..

thanks kongsi petua…

emmmm…
yg pkai mengkudu tu,lps sapu tu brsihkn btul2…
klu x nnt mkin gugur lg byk….

da pnh kne dlu….menangis x b’lagu…

macam mana nak lebatkn rambut pastu xnak rambut gugur.

Leave a Reply