Meant To Be

Petua Rambut

Posted on: November 22, 2006

nih antara koleksi petua yg aku jumpa kat intenet..(khas utk firina ni..ahaha)..aku skrg pun tgh mengalami sindrom botak..wakaka..meh kite sm2 menjalankan eksperimen ni..nnti leh bagi komen berkesan ke x petua2 tu..Slamat Mencuba!!:)

1. Rambut yang lebat dan panjang sentiasa menjadi idaman setiap orang. Untuk itu ada cara yang paling mudah yang boleh anda amalkan. Mula-mula ambil beberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah. Rebus serai itu sehingga mendidih dan apabila air serai itu sejuk, sapukan rata-rata kepada rambut anda dan seelok-eloknya ramas pada bahagian kulit kepala. Setelah lebih kurang dua jam barulah dibasuh seperti biasa. Amalkan sekurang-

2. Jika rambut anda selalu gugur serta nipis, cuba amalkan petua ini. Ambil eberapa biji buah keras dan bakar sehingga bewarna kekuningan. Tumbuk buah tadi sehingga hancur dan campurkan dengan minyak kelapa. Pada setiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarkan selama 30 minit. Cuci rambut seperti biasa. Amalkan dua kali seminggu. Insya-Allah anda akan nampak perubahannya.

3. Rambut mudah beruban jika tidak dijaga dengan baik terutama kepada orang muda. Oleh itu ada petua yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah itu. Caranya, bancuh sedikit minyak kelapa, lendir dari daun lidah buaya dan air limau nipis sehingga sebati. Kemudian bahan tadi dilumur pada kepala sebelum mandi. Biarkan selama setengah jam, barulah dibasuh bersih-bersih dengan menggunakan syampu yang sesuai. Lakukan tiga kali seminggu.

4. Anda pasti gembira sekiranya rambut anda selembut sutera seta mudah disikat.Untuk itu amalkan cara ini. Sekiranya anda bercadang untuk membasuh rambut pada esok hari, lurutkan rambut anda dengan minyak bijan sebelum tidur. Esok, syampu rambut dan bilas sehingga bersih. Lap rambut anda sehingga hampir kering. Kemudian, ambil sedikit minyak bayi atau minyak zaitun dan digunakan sebagai perapi rambut.Kalau anda berambut lurus, bolehlah disikat terus. Tetapi jika anda berambut kerinting, seelok-eloknya biar seketika dan kemudian barulah disikat (ini untukmengelakkan rambut dari putus dan bercabang ).

5.Rambut anda gugur?. Ada banyak cara mengatasinya. Satu daripadanya ialah dengan menggunakan daun inai. Ambil seberapa banyak daun inai. Tumbuk sehingga halus. Kemudian campurkan sedikit air asam jawa.
Cuci rambut hingga bersih dan bilas dengan air daun inai tadi sambil memicit-micitkan kepala. Biarkan selama setengah jam. Kemudian bersihkan kepala anda. Amalkan seminggu dua kali. Insya Allah.

6.  Cara untuk mengatasi masalah kelemumur dan mengatasi masalah keguguran rambut ialah dengan menggunakan buah mengkudu.
Ambi tiga biji buah mengkudu yang telah masak dan buah zaitun yang telah ranum. Hancurkan buah mengkudu dan zaitun yang masak itu dengan air panas. Kemudian sapukan rata-rata di kepala biarkan selama 15 minit barulah dicuci dengan air limau nipis.
Jika dilakukan selama dua minggu berturut-turut, Insya Allah masalah kelemumur dan keguguran rambut akan selesai.

7. Basahkan rambut. Ambil santan kelapa dan jirus sedikit demi sedikit di rambut sambil menggosok. Setelah selesai biarkan rambut seketika kemudian basuh dengan air suam. insyaallah rambut akan kelihatan hitam dan lebat serta bersinar.

8. menghitamkan dan memanjangkan rambut
a) ambil separuh isi kelapa dan bakar sampai hangus, kemudian diparut. campurkan sedikit air, ramas dan kacau sehigga air dan isi kelapa parut sebati. lumurkan ke seluruh rambut dan biar 15 minit sebelum disikat bagi membuang hampas yang melekat pada rambut. jika sering diamalkan, rambut kelihatan hitam menawan.

b) cuci rambut setiap pagi atau 2 kali seminggu dengan air yang diramas dengan daun rambutan atau daun bunga raya. cara ini bukan saja boleh memanjangkan rambut dengan cepat tetapi menjadikannya bertambah hitam, lebat dan berseri-seri.

9. melebatkan rambut
a) apabila hendak memasak bubur kacang, kacang hijau akan direndam terlebih dahulu. air rendaman itu jangan dibuang. sapukan pada seluruh rambut. jika sering diamalkan, anda boleh mengatasi masalah rambut gugur.

b) ambil segenggam daun bunga teh yang biasa ditanam menjadi pagar rumah. tumbuk atau kisar agak kasar. selepas dicampur sedikit air (supaya agak cair), sapukannya pada seluruh rambut dan akar rambut, bungkus dengan tuala bersih dan biarkan semalaman. seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. cuci pada sebelah pagi.

10.menghilangkan kelemumur

a) ambil kangkung yang masih segar dan bersihkan. rendam kangkung di dalam besen berisi air yang mencukupi untuk membasuh kepala anda. selepas direndam semalaman, cuci kepala anda pagi esoknya. lakukan setiap hari sehingga kelemumur hilang.

b) ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk sehingga lumat. campurkan dengan 2 gelas air. selepas itu ditapis dan sapukan air itu pada kepala. biarkan seketila sebelum dibilas dengan air biasa.

c) ambil 10 helai daun bunga raya, 4 helai daun limau purut, 3 kuntum bunga (kenanga, cempaka, mawar) dan sedikit air limau nipis. ramas semua bahan sehinga berlendir. lumur di atas kepala dan biar 15 minit sebelum mencucinya.

d) ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur. kemudian, sapu pada seluruh kulit kepala sambil mengurut-urut kulit kepala.

About these ads

64 Responses to "Petua Rambut"

waaahhhhh! bagus bangat sehh tips nih!! bravo blue! aku xdela separa botak cuma rmbutku agak kusam.aduhh..sedih sekali. so aku nak hitamkan rmbut n at same time nak kurangkan keguguran rmbut. so kat atas tu yg plg simple utk aku wat..air rendaman kacang hijau tu. mak aku ske wat bubur kcg hijau. hehehe. cayalah blue!!! \(^O^)/

YE KE NI

try la dulu..smua bhn tu dr organic..mana nak ade side effect…

paetua pertama pasl serai tu,sekurang2 nye brape? ayat tergantung la kat sutu..

ikut la lau nk gne brape yg pnting ad serai

haah..kacang hijau tuh pun ok gak..mak aku suruh wat..
tp leceh laa..cz lpas gune air tuh kene masak lak kacang hijau tuh..dah ler aku malas nak masak bubur..

ribet amat. . .

Thanx bagaimana kalau rambut ngimbal spt sapu kelut agar bisa setrip-x-like their ex-stripe

NAK DAPAT CARA MUDAH UNTUK RAMBUT PANJANG MACAM MANA??????????????

ransang kulit kepala dgn mgurut setiap hri.. mse nk tido, ikat rmbt ketat2

ikat rmbut xelok la..
pakai mnyak rmbut bon

i got hair problem, can u post any easy tips to control hair loss??

rambut panjng n lebat — boleh gunakan daun bunga raya yg diramas..amik lendir..n sapu di kepala…

weyh!
sure bgos ke??
ak cuak niyh!

tips ni mmg bez r……..aq juz nk pnjgkan rmbut jerk….arap2 dpt r pnjg rmbut aq ni…..thanks for the tips………….!!!!!

ur welkam…:)
bleh la try yer..

thanks kongsi petua…

emmmm…
yg pkai mengkudu tu,lps sapu tu brsihkn btul2…
klu x nnt mkin gugur lg byk….

da pnh kne dlu….menangis x b’lagu…

macam mana nak lebatkn rambut pastu xnak rambut gugur.

pakai santan kt kpala..biarkn slama 30 min..pastu bilas la..wt skurg2nya 2kali smngu..

ok lar nanty ak cber..
ak juz nk rmbut pnjg cpt n x da kelemumur.

aiyaaa….nk jaga rambut ni mmg la susah,…apalagi kalau panjang sampai pinggang…nk gugur lg..mmg bnyk buang duit ohh…tp sy juga nk cuba larr petua2 ni…harap2 mjadi…thnkzzz

der sape2 dh try wat x….

tak ada petua yg lebih senang..

thanx for the tipp..!!

ada tak petau cam ni…
kalau rambut tak pakai apa-apa pon tapi boleh buat stay

rambut gugur semakin teruk selepas saya meluruskn rambut saya…semakin lama semakin nipis menyebabkan saya sgat rungsing…tolong berikn tip pada saya bagaimana mahu melebatkan rambut dan memanjangkan rambut saya

tentu rambut gugur ko da tumbuh sekarang ni, petua yang mana ko amalkan?

hey dah cuba berkesn juga kalau rambut kita panjang bolehlah masuk ujibakat idol kecil 3 yeyeyeyeye

best nya kalau ada petua rambut macam n kan

bole cye ke tips2 nih?

tq..klau nk luruskan rmbut plak cmner ha??
bleh share2 x petua2 anda..hehehe

x de tips yg sng…
tp,nk cba gak sbb dah mnyesal…
rmbut pendek mcm laki…huhuhu

senang2 pergi jela dekat yun-nam…haha2…

di sana kena keluarkan rm..mahal lagi..

nk try…..
tq 4 da tipps

saya sayang laman web ini kerana saya telah mengguna salah satu petuanya dan ia berhasil dalam jangkaan masa 5 minggu.Tak sangka pula saya semua ini akan menjadi..rambut saya sungguh panjang sehingga rakan saya memanggil saya si panjang…hihihihihihi

petua yg mne yer awk gne???kongshi2 dong…..huhuhu :{..

ntah kongsi la..

thank..6t nk cube…

guna rambut palsu ja selesai masalah.

rambut palsu bley tercabut

bley caye ker
kalo x berhasil macam mana
dah ler rambut aq botak
tpi ade la rambut cikit

aku besa dgr tok aku g tip psal kcang hjau 2 tpi aku x prnh wat pn…rmbut aku nie jrang sgan ar…aku nk gk cbe tip nie tpi 50/50 coz wat2 lh x jdi pas 2 brtmbh botak ag cm ne…rungsing2

aku nk pnjngkn rmbot ar…bru nmpk gadis

Petua daun bunga raya tu mmg sangat baik. Rambut hitam, lembut dan x de kelemumur. Yang penting, RAJIN BUAT. :)

yg serai tu leh detail lgi tak..rmbot na kne bsh kew kring??
was2 r na wat

tq so……much…sy mmg nak stg rambut cpt panjang…

bagus petua ni..sy nak replace rambut gugur tu..mana satu petua berkesan?

lpas curl kn rmbut…rmbut gugur bnyak …
sush ati woo…ade sesape bleh bg idea

aq harap petua yg diorg bgi nie menjadi lah

sya cuma nk tahu lbih mndalam tntg pggunaan daun bunga rya 2,blh sesape terangkan? Benarkah ia blh mlebatkn,memanjgkn,mghitamkan & mgurangkn msalh rmbut ggur?

mcm mana nk rambut panjang cepat ar…….

yang rambut lebat kalau x guna daun bunga teh leh x guna daun bunga teh kalau daun bunga raya leh x…….

hey semua peminah fouziah, kat sini i ada tips untuk rambat panajng dan lurus kekal bersinar sepanjang hari.rambut i memang mcm tuh dan i ada tips rahsia i sendiri walaupun i jadi duta utk iklan pantene dan menang anugerah rambut paling cantik..petuanya ialah, ambil daun aloe vera (memang i tanam kat rumah).then kupas kulit and yang berlendir tuh sapukan kat rambut sellama 30 minit..kemudian bilas…untuk lebih effektif, bilas dgn mana2 conditiner…insyallah anda akan dapat rambut seperti saya.inbgat!..rambutku, mahkotaku…:p

nie fouziah gouse betul ke celup nie… kelam kabut jaa

Aku suka nk nipiskan rambut separa botak la katakan hehe.. seksi.. hehe..

best bangt si…kalo adew lgu…kongsi lew sama kami

korang semua yang ada masalah rambut ni….cubalah tips yng kawan kite bagi ni…memang berkesan pon…cayalah!

assalamualaikum.. biasanya lah dengar2 kalau nak panjangkn ambut la kan.. petua org dulu2 biasanya kata ppakai santan kelapa dan nak lebatkan rambut laq pkai minyak kelapa.. cuma ke2- duanya amalkan selama 2 kli seminggu.. tapi psal minyak klpa tuw un bleh gak bape kli guna sbgai gnti minyak rambut yang biasa pkai minyak zaitun.. ( mne2 un bole ..) hehe

* peace..

P/S : cume kne rajn2 la buat sbb tak rmai yg rjin buat bnda ni sbb alasan.. trlalu brminyak .. :)

ni bneran ap gk

ntr cpe j gk da hasil

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: